Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kira-kira 1.8 juta umat Islam di seluruh dunia meraikan kedatangan 1 Syawal semalam dalam keadaan normal baharu akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun juga ini agak berbeza kerana solat Aidilfitri berjemaah dan amalan kunjung-mengunjungi ahli keluarga dan rakan untuk mengeratkan silaturahim masih tidak dibenarkan.
Ia berikutan kebanyakan negara masih menguatkuasakan langkah lockdown bagi membendung penularan virus tersebut yang kini merekodkan 5.4 juta jangkitan global.
Walaupun beberapa negara sudah mula membuka masjid, namun dalam masa yang sama tetap melaksanakan penjarakan sosial sebagai langkah berjaga-jaga. - Agensi
25 Mei 2020 - 15:21
News ID: 1039991
Kira-kira 1.8 juta umat Islam di seluruh dunia meraikan kedatangan 1 Syawal semalam dalam keadaan normal baharu akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).